Sunday, June 6, 2010

Konsep

Konsep rantaian pembekalan (Supply Chain) yang digunakan adalah untuk melengkapkan visi organisasi KUNDO iaitu:-

1. Perladangan
2. Pengilangan
3. Pemasaran

Tujuannya adalah bagi menjamin proses penyediaan bahan mentah dapat dibeli oleh kilang untuk diproses dan dijual kepasaran tempatan dan global. Pendekatan menyediakan prasarana ini dirancang supaya tidak berlaku kepincangan dalam proses penghasilan produk dan pemasarannya.

Selepas melalui proses LKP, seseorang pengusaha yang berkomitmen pasti berjaya mencapai tahap tertinggi syarikat iaitu dilantik sebagai seorang ahli koperat organisasi KUNDO. Diperingkat ini setiap ahli koperat berfungsi membuat perancangan bersama dalam memertabatkan kundur ini.


Perancangan masa depan organisasi KUNDO dalam melengkapkan rantaian pembekalan ini ialah:-

1. Menambah keluasan kawasan penanaman
2. Mewujudkan kilang-kilang IKS untuk produk separuh siap
3. Mewujudkan Kilang-kilang IKS untuk produk siap sepenuhnya
4. Menambah bilangan kilang kecil untuk setiap produk
5. Mewujudkan kilang bersaiz besar dengan kawalan kualiti yang lebih sempurna
6. Mewujudkan agensi-agensi dalam dan luar negara yang mampu memasarkan hasil dari kundur ini.

Bidang Kerja

1. Perunding Projek Pertanian Kundur.
2. Pembelian hasiltani (Kundur & yang berkaitan).
3. Pembekal bahan-bahan input Pertanian.
4. Pengilang produk hasiltani kundur.
5. Pembekal produk keluaran kundur

Misi Syarikat

- Menghasilkan produk berasaskan sayuran (KUNDUR) dari ladang, memproses dikilang dan memasarkan produk siap.

- Mewujudkan peluang perniagaan kepada usahawan bumiputera melalui ‘contract farming’ & ‘contract manufacturing’.

- Memperkenalkan jenama/produk ‘KUN’DO’ ke peringkat global.

Pengenalan Syarikat

WARISAN KUNDUR RESOURSES (WKR) telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat milikan tunggal dimiliki oleh 100% Bumiputera yang ditubuhkan pada 20hb. April, 2007.


WKR berrmula dengan sebuah kilang di Puchong, Selangor dan telah berhijrah ke Kuantan, Pahang serta membangunkan tapak baru untuk pengilangannya disini.

WKR adalah pengilang yang menghasilkan produk hasil tani Kundur. WKR membekalkan produk keluaran hasil tani terutamanya kundur (rujuk lampiran iklan) kepada pengedar-pengedar dan peruncit-peruncit.

WKR mempunyai tenaga kerja berpengalaman dan rakan-rakan niaga terpilih di dalam kerja-kerja pengurusan perladangan, pengilangan dan pemasaran serta teknikal bagi melaksanakan segala tanggungjawab dan tugasan syarikat.
WKR mempunyai rangkaian pengedar dan peruncit yang telahpun aktif menjalankan aktiviti jualan di seluruh Negara khususnya dan Asia amnya.


Wawasan syarikat adalah untuk menaikkan taraf hidup bumiputera dengan memajukan dan membantu mereka dalam pengurusan dan kemahiran supaya berjaya meningkatkan ekonomi secara global.