Sunday, June 6, 2010

Konsep

Konsep rantaian pembekalan (Supply Chain) yang digunakan adalah untuk melengkapkan visi organisasi KUNDO iaitu:-

1. Perladangan
2. Pengilangan
3. Pemasaran

Tujuannya adalah bagi menjamin proses penyediaan bahan mentah dapat dibeli oleh kilang untuk diproses dan dijual kepasaran tempatan dan global. Pendekatan menyediakan prasarana ini dirancang supaya tidak berlaku kepincangan dalam proses penghasilan produk dan pemasarannya.

Selepas melalui proses LKP, seseorang pengusaha yang berkomitmen pasti berjaya mencapai tahap tertinggi syarikat iaitu dilantik sebagai seorang ahli koperat organisasi KUNDO. Diperingkat ini setiap ahli koperat berfungsi membuat perancangan bersama dalam memertabatkan kundur ini.


Perancangan masa depan organisasi KUNDO dalam melengkapkan rantaian pembekalan ini ialah:-

1. Menambah keluasan kawasan penanaman
2. Mewujudkan kilang-kilang IKS untuk produk separuh siap
3. Mewujudkan Kilang-kilang IKS untuk produk siap sepenuhnya
4. Menambah bilangan kilang kecil untuk setiap produk
5. Mewujudkan kilang bersaiz besar dengan kawalan kualiti yang lebih sempurna
6. Mewujudkan agensi-agensi dalam dan luar negara yang mampu memasarkan hasil dari kundur ini.

No comments:

Post a Comment